Kisah Islami
– Malaikat Suka Duduk Dalam Majlis Zikir, Dari Abu Hurairah ra berkata
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Allah Tabaraka wa Taala mempunyai
para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir,
sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk
bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil
malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi
orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga
memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.
Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik
kembali ke langit. Lalu Allah SWT bertanya mereka: “Wahai para
malaikatKu, dari manakah kamu semua?” Berkata para Malaikat: “Ya Tuhan
kami, kami baru saja pulang dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka
bertasbih, takbir, talil dan tahmid serta memohon kepadaMu.” Sebenarnya
Allah SWT lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk
ciptaannya. Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para malaikatNya, maka
Allah SWT pun berfiman: “Wahai para malaikatku, apakah yang mereka
minta kepadaKu?” Berkata para malaikat: “Hamba-hambamu itu memohon
syurga dariMu.” Allah SWT bertanya lagi: “Pemahkah mereka melihat akan
syurga itu?” Berkata para malaikat lagi: “Mereka tidak pernah melihat
syurga itu.”
Berfiman Allah SWT: “Hamba-hambaKu memohon syurga padahal mereka
tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu.” Berkata
para malaikat: “Mereka juga memohon kebebasan.” Allah SWT bertanya:
“Mohon bebas dari apa?” Berkata para malaikat: “HambaMu itu memohon
kepadaMu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam.” Allah SWT
bertanya para malaikat lagi: “Pernahkah hamba-hambaKu melihatkan
nerakaKu itu?” Berkata para malaikat: “Tidak ya Allah.” Allah SWT
berfirman: “Hamba-hambaKu itu tidak pemah melihat neraka jahanam, tapi
mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka
melihatnya.”
Kemudian para malaikat berkata lagi: “Ya Allah, hambaMu itu memohon
ampun kepadaMu,” Allah SWT berfiman: “Dengarlah wahai para malaikatKu,
Aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta
serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu.” Berkata
malaikat lagi: “Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba
yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka
yang sedang berzikir.” Allah SWT berkata: “Orang itu pun Ku ampuni,
begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu,
tidak ada yang celaka.”
Baca Juga : Hari Raya Para Malaikat
KISAH UWAIS AL QARNIKisah
Uwais bin ‘Amir Al Qarni ini patut diambil faedah dan pelajaran.
Terutama ia punya amalan mulia bakti pada orang tua sehingga banyak…Read More...
0 Response to "Malaikat Suka Duduk Dalam Majlis Zikir"
Post a Comment